"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya disisi manusia." -Imam Syafie-
Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredaan hatinya kepada Allah. Dia memahami dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat kekurangan dan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan sama ada secara sedar ataupun tidak.
Manusia dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal. Tetapi dengan sifat kelemahan semula jadi, kadang kala manusia terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.
"Sifat memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni."
Oleh sebab itu, Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah bagi segala perlakuan yang terlanjur.
Bukan perkara yang menghinakan apabila menjadi individu yang pemaaf, kerana di situ wujud sifat terpuji seorang Muslim iaitu :
- Menunjukkan kebijaksanaan
- Bersih daripada sifat sombong
- Bersih daripada dendam
- Tidak ada rasa hina diri
- Mempunyai iman yang mantap
Renung-renungkan....dan selamat beramal...:)
Wallahu'alam...
Wallahu'alam...
.jpg)

No comments:
Post a Comment